"Dunia Ini Terletak Bagaimana Kita Gunakannya. Ada Orang Leka
Dengannya Tetapi Mereka Yang Berilmu & Beriman, Menggunakan Dunia Untuk Menebus Akhirat!"

Paksa diri kita untuk mulakan sesuatu tindakan terutamanya tindakan untuk mencapai sesuatu kejayaan yang selama ini kita tidak lakukan. 

Orang yang berjaya berani lakukan apa yang mereka tidak pernah lakukan untuk capai apa yang mereka tidak pernah capai. 

Orang yang terus gagal? Gagal bertindak atau mulakan tindakan. Mereka terus dengan cara yng sama dan hasilnya pun tetap sama. 

Tindakan pantas akan membawa perubahan dan hasil yang pantas!"

Ketahanan dan keteguhan seseorang atau bahasa lain DEGIL di dalam meneruskan usaha sehingga mencapai matlamat adalah salah satu faktor mereka yang berjaya itu berjaya. 

Mereka DEGIL untuk teruskan usaha mereka walaupun banyak cabaran dan rintangan serta memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang!"

"Perbaiki hati kita dengan fokus apa itu nikmat & apa itu hikmah dalam setiap sesuatu perkara yang berlaku"

"Orang yang berjaya secara luar biasa di dalam bidang mereka adalah mereka yang amat jelas dengan apa yang mereka mahu capai dalam hidup mereka serta impian mereka. Dan mereka meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa mereka akan capai apa yang mereka inginkan serta mereka bersedia untuk bekerja keras untuk mencapainya!"

Pengorbanan untuk mencapai kejayaan itu tidak murah dan kesabaran yang diperlukan juga tidak sedikit.

Contoh

Saya ingin membantu 1 juta orang memperbaiki tahap kesihatan mereka dalam tempoh 3 tahun dengan membekalkan mesin penapis air yang terbaik di dunia.

Ulasan

Catatan Popular