Catatan Hidup Guruku Azizan Osman Sempena Hari Kelahiran Ke 40
Kisah Saya - Part 1
Hari ini saya menerima banyak ucapan ulangtahun saya yang ke-40 tetapi mungkin sengaja diucapkan awal kerana hari jadi saya sebenarnya adalah 14 November, hari jumaat ini 40-tahun dahulu kelahiran saya di Kota Bharu Kelantan.
Saya "ter"lahir di Kota Bharu kerana ketika itu ayah saya yang bertugas sebagai juruteknik Jabatan Parit & Taliair ditugaskan bekerja di sana dan kami sekeluarga tinggal di sana untuk seketika.
Mak saya orang Telok Mas, Melaka, arwah ayah saya orang Jeram, Kuala Selangor dan saya dibesarkan di Pontian, Johor selama hampir 15 tahun dari saya kecil kemudian bersekolah cina dan sekolah agama Johor sehingga saya tamat tingkatan 3, sebelum saya dipindahkan sekolah ke Sekolah Menengah Pay Fong untuk tingkatan 4 dikampung mak iaitu Melaka. Sebenarnya saya hampir-hampir belajar di Victoria Institution untuk tingkatan 4 dan sebenarnya saya telah mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) secara private (Belajar sendiri) dan lulus dengan cemerlang ketika saya di tingkatan 2. Semua ini ada kisah di sebaliknya.
Pada awalnya, saya tinggal bersama kakak saya di rumah kecil mak dan ayah di Bandar Melaka yang telah dibeli lebih awal, kemudiannya mereka juga pindah ke Melaka bila ayah saya pencen kemudian kami terus menetap di Melaka.
Bersambung nanti..... Mak saya akan bercerita tentang saya semasa kecil dan ia banyak mencorakkan diri saya hari ini.
Ini perkongsian sempena ulangtahun saya ke-40.
Kisah Saya - Part 2
Tanya diri sendiri, anda puashati dengan apa yang anda ada? Anda puashati dengan situasi dan keadaan hidup anda? Anda puashati dengan tahap kewangan anda? Anda puashati dengan tahap sumbangan anda kepada komuniti?
Itu antara soalan yang selalu bermain di otak fikiran saya ketika saya remaja.
Jika anda menjawab anda puashati, maka baguslah!
Kalau tak pun baguslah!
Anda boleh teruskan tak puashati dan teruskan hidup dengan tak puashati.
Semua orang ada pilihan dan manusia diberi akal dan hati untuk buat keputusan ikut apa yang dia tahu.
Orang yang yakin bahawa dirinya layak dan perlu berada di tahap yang lebih baik akan mencari jalan untuk mencapai apa yang dia percaya atau inginkan.
Itu apa yang saya percaya sejak umur saya 8 tahun. Sejak saya mula tahu bahawa "kerja" yang boleh beri banyak duit adalah berniaga. Dan ia semakin jelas ketika umur saya 18 tahun, apabila saya mengisi masa dengan menjadi jurujual Vacuum Cleaner Jenama "Rainbow" ketika sedang menunggu keputusan SPM kali ke-2 (Selepas gagal pada kali pertama)
Saya percaya yang saya layak untuk bina kehidupan dan kewangan yang luar biasa. Ketika itu saya pun tidak tahu bagaimana tetapi saya mulakan dengan yakin, percaya serta berusaha mencari jalan mencapai apa yang saya percaya.
Mana datang kepercayaan itu? Dari arwah ayah saya. Dia selalu suruh saya buat terbaik dalam setiap apa yang saya buat. Begitu juga mak saya.
Ia juga kepercayaan yang datang melalui apa yang saya baca dan dengan siapa saya berkawan. Keluarga saya bukan orang senang dan saya tidak mahu terus ikut jejak perjalanan hidup ayah saya, saya mahu bina sesuatu yang mampu gembirakan mereka dan beri mereka sedikit kesenangan.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.*Jika sharing ini bermanfaat, fikirkan. Jika tidak, tak ada beza kepada hidup saya. It's your life! You can choose to stay where you are right now!
Kisah Saya - Part 3
Apa yang saya masih ingat tentang zaman kecil saya?
Saya tidak ingat tentang diri saya selepas dilahirkan di Kota Bharu Kelantan.
Tetapi ingatan saya bermula selepas ayah diarahkan berpindah lagi dan kami tinggal di kuarters kerajaan di Ayer Baloi, Pontian, Johor sebelum ayah dipindahkan ke Kompleks Kerajaan di Jalan Parit Masjid, Pontian.
Saya kira waktu itu saya berumur 4/5 tahun.
Saya suka gigit orang. Mak saya selalu cerita tentang "kepakaran" saya adalah "makan" anak orang lain sebaya dengan saya. Tiba-tiba jika ada budak menangis tidak jauh dari saya, mak akan cepat-cepat tengok ada tanda "gigitan" saya ditangan mereka. Ala-ala "vampire" giteww.
Ayah saya pula suka saya sertai macam-macam acara kanak-kanak di kuarters tersebut. Saya pernah masuk pertandingan beragam memakai baju red indian, pernah pakai baju koboi, pernah pakai baju melayu dan samping dengan ada keris di pinggang ala-ala Hang Tuah dan pernah memenangi beberapa pertandingan pakaian beragam di kuarters tersebut.
Kawasan kuarters ini juga merupakan tempat jabatan pertanian menyimpan stok baja dan lori mengakut baja. Jadi, lori ini semua menjadi "permainan" kami semasa kanak-kanak.
Cuma, budak-budak sebaya saya semua tak suka berkawan dengan saya. Bila mereka nampak saya, mereka akan jerit "lari! Azizan datang!" dan kemudian mereka bertempiaran lari. Mungkin sebab saya lahir tahun harimau (1974), maka gigi saya agak gatal nak gigit orang...
Sebenarnya, di sebabkan saya suka menggigit, saya mula tidak ada kawan dan banyak bersendirian.
Kawan saya adalah mak saya. Saya anak ke-4 daripada 5 adik-beradik yang hidup, seorang kakak di atas saya telah meninggal dunia ketika mak lahirkan dia.
Ketika itu adik bongsu saya belum ada lagi. Sayalah yang bongsu waktu itu. Jadi, saya hanya berkawan dengan mak saya. Saya juga terpaksa main seorang-seorang. Abang dan kakak saya mempunyai "gap" umur dengan saya. Dan di sebabkan jarak umur dengan mereka, kami tidak berapa boleh berkawanlah.
Masa itu, saya selalu tengok cerita Koboi dan Red Indian, cerita Kombat. Masa itu dah ada wrestling. Dah ada cerita hantu dan saya sangat takut gelap serta hantu.
Apa lagi yang saya ingat? Saya ingat ayah saya walaupun juruteknik, tapi dia dilantik ala-ala ketua untuk kuarters ini sehinggalah bila kami pindah ke kompleks JPT (Jabatan Parit & Taliair) di Jalan Parit Masjid, Pontian, Johor sekitar tahun 1979/80.
Waktu itu ayah ada sebuah motor Norton dan kereta volkswagon putih tahun 1968 kot. Tapi motor kemudiannya dijual. Masa di Ayer Baloi ini, saya pernah melecur tapak kaki kerana terpijak ekzos motor apek yang datang rumah jual sayur.
Saya selalu dibawa ayah ke masjid, sertai perarakan maulidurasul, dia bawa dengar ceramah agama di kawasan-kawasan lapang.
Say juga masih ingat kepala saya pernah berjahit di sebabkan berdarah luka terantuk kerusi masa melompat-lompat kat kerusi kayu rumah jiran. Saya mengaku saya memang tak reti duduk diam. Sampai sekarang pun terbawa juga perangai ini.
Saya juga selalu fikir, dek kerana ayah saya selalu paksa saya masuk pertandingan beragam segala bagai, ia menjadikan saya kemudiannya agak suka masuk pertandingan. Ia membuatkan saya mempunyai sikap seorang yang berani mencuba perkara baru.
Saya ingat, kami pindah ke kompleks JPT, Parit Masjid, Pontian, Johor seingat saya sekitar 1979 dan saya mula masuk tadika Cikgu Miat di Jalan Parit Masjid pada tahun 1980.
Di Pontian, chapter kehidupan saya mula berbeza. Yalah, dah nak masuk sekolah kan....
Mak lebih banyak masa mengajak saya membaca buku. Sebagai bekas guru, mak memang pandai psycho saya untuk membaca.... Ke memang semua mak pandai psycho anak dia?

Nanti saya cerita tentang kecintaan saya kepada buku dan rancangan TV kesukaan saya masa itu. Which banyak mempengaruhi karektor saya dan membantu saya membina diri saya.
Kisah Saya - Part 4
Kami pindah ke kuarters kompleks kerajaan ini dan rumah kami adalah antara yang paling hujung serta dalam sekali.
Kuarters ini dibuat seperti ala-ala ada "kasta". Rumah paling depan nombor 1 adalah rumah banglo 2 tingkat dan paling besar, kira yang duduk ini pangkat dia paling besar. Rumah seterusnya kecil sedikit dan semakin kecil dan semakin kecil sehinggalah rumah nombor 13, rumah kami antara paling hujung sebab rumah paling last nombor 20 kalau tak silap saya. Syukur kerajaan ada sediakan rumah untuk kami tinggal ketika itu.
Ketika pindah dari Ayer Baloi ke rumah di Pontian ini, saya masih belum masuk tadika pun. Setiap hari mak saya seperti ada susunan jadual untuk saya. Ada waktu baca buku, ada waktu hafal ayat-ayat surah pendek atau bacaan solat, ada waktu dia biarkan saya main tembak-tembak dengan kawan-kawan baru di luar rumah yang hanya beberapa orang sahaja dari keliling rumah kami sebab anak-anak rumah depan sana tidak dibenarkan bermain dengan kami. Kami busuk. Kami suka main tepi longkang dan panjat pokok duku dalam hutan semak samun depan rumah. Lagipun anak-anak set-set umur saya 5 tahun tidak ramai, anak orang lain macam dah besar ala-ala tingkatan gitu.
Mak banyak "paksa" saya membaca most of the time. Di sebabkan paksaan mak sayalah, mak saya habis baca kisah 25 Rasul berulang-ulang kali. Paksaannya ini menyebabkan saya bergelumang dengan banyak buku dan majalah. Mak tidak suka saya tengok TV luar dari waktu yang dia benarkan. Rotan adalah "makanan" harian kaki dan punggung saya bila saya tidak balik rumah daripada bermain pada waktu yang dia tetapkan. Masa itu badan saya tidaklah sangat berisi gemuk. Saya tidak gemuk dari kecil, saya chubby berisi sedikit tapi tidak kurus. Nak kata makan banyak, tak juga. Ke ya? Makan nasi banyak kot. Itu makanan yang dibenarkan tambah, lauk lain yanh ada ialah telur dadar yang di bahagikan kecil-kecil dan kami akan dapat satu bahagian kecil dimakan dengan kicap. Perghhhhh! Sedap gila!
Sejak umur 5-tahun ini, hobi say adalah menonton drama cina cerita kungfu setiap petang dari channel TV Singapura sebab antena kami dapat siarannya. Ayah dan mak kumpul duit gaji tak tahu berapa tahun agaknya untuk beli TV kotak yang ada pintu buka tutup sliding untuk tengok skrin TV. Faham? Tak faham tak pe. TV itu pun dia beli dengan bayaran ansuran tak tahu berapa bulan. Kira oklah tu ada tv hitam putih pun.
Kenapa saya suka tengok cerita kungfu? Entah! Mungkin saya budak lelaki yang normal suka tengok drama aksi, tapi bila saya fikir-fikirkan, mungkin sebab saya terlalu suka tengok cerita kungfu menyebabkan ia banyak mempengaruhi karektor saya. Skema cerita kungfu ialah hero mula tak pandai kungfu, lepas tu kena buli teruk then cari guru, guru buli teruk untuk latih dia, then dia ambil mudah, ingat dah terror, then ajak orang berlawan, tak dengar cakap guru then kena belasah teruk, guru datang selamatkan then minta ampun dengan guru then belajar sungguh-sungguh sampai boleh jadi hero dan guru. Itu antara "sekolah" awal saya selain "sekolah" mak saya. Ayah tak banyak cakap dengan saya. Ayah ala-ala guru disiplin yang hanya handle kes berat-berat. Ayah kalau jeling pun boleh terkencing saya. Masa itu fikir, kenapa ayah ni garang sangat? Later, bila start sekolah, ayah merupakan guru bahasa inggeris saya, saya disuruh membaca kuat buku cerita Bahasa Inggeris dengan kuat ditepi parit rumah kami. Nanti saya share later.
Waktu kecil, saya hanya boleh menonton satu drama kungfu sebelah petang dan waktu lain TV adalah ditutup. Ayah pula akan bawa saya ke masjid setiap maghrib dan isyak. Itu seperti rutin wajib saya untuk mengikut ayah. Saya tak faham waktu itu kenapa saya kena ikut sedangkan most of the time saya akan main kejar-kejar kat belakang atau "ter"gigit anak orang. Later baru saya faham betapa cara didikan ayah amat penting membentuk karektor diri saya.
Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ketika berumur 5-tahun ini adalah...... Jeng jeng jeng......
Saya suka curi ratah Milo sampai mak menyiasat kenapa Milo cepat habis. Tapi saya memang gila-gila "hantu milo" masa itu. Sekarang dah tak dah.
Saya juga suka minum air ribenna ais. Ini semua pengaruh Nestle lah ni yang menjajah dalam hidup kami sejak dahulu lagi.Hobi lain masa itu adalah menyanyi! Ha ha ha..... Saya selalu jadikan tong tangki tahi belakang rumah sebagai "stage" untuk saya menyanyi, tong tu macam bertutup dengan cover besi dan tinggi sikit. Lagu top masa itu adalah "Rindu Bayangan" dari Jay Jay. Amacam?
Kisah Saya - Part 5

Mak saya seorang yang garang dan tegas. Jika dia kata satu, maka satulah ia. Jika dia kata dua, maka dualah ia. Itu menjadikan saya amat perlu untuk ikut disiplin yang ditetapkan.
Cuma, di dalam ketegasan dan kegarangan mak, dia adalah juga seorang yang penyayang most of the time. Dia membesarkan saya dengan pelukan dicelah ketiaknya.
Tetapi, dia boleh berubah menjadi tegas dan garang bila ianya melibatkan undang-undang atau peraturan yang dia telah tetapkan dilanggar oleh kami adik-beradik.
Mak saya sebenarny seorang pakar psikologi yang luar biasa. Kekuatan mak yang saya belajar ialah kemampuan dia mengeluarkan potensi diri saya dengan lebih maksima melalui kata-kata pujian dan galakkan.
Mak sangat bagus dalam bab ini. Saya dilatih dari mula sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk mampu mencuci pinggan mangkuk sehingga menyusun dengan kemas teratur, membersihkan dapur gas hingga berkilat, mencuci longkang hingga tanggal semua lumut dan kekotoran, membersihkan lubang tandas sehingga harum, mencuci lantai simen bilik air hingga bersih dan tidak licin, menggosok kolah air mandi hingga ke dalamnya dan membasuh, mengeringkan baju dan sehingga menyidai baju dengan kemas di ampaian adalah kerja-kerja yang di suruh saya lakukan tetapi dengan pujian yang luar biasa.
Itu bukan kelemahan saya tetapi kelemahan semua manusia. Tetapi bila saya dewasa, saya tidak fikir ia adalah satu kelemahan. Sebenarnya setiap manusia craving for appreciation. Kita mungkin boleh beri anak-anak kita hadiah barang-barang, tetapi ia tidak se"power" bila ibu bapa memuji anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.
Kita mungkin boleh beri duit atau hadiah kepada isteri kita, tetapi ia tidak se"power" jika kita menghargainya dan melafazkan kepadanya betapa kita menghargai apa yang dia buat tanpa henti dan tanpa mengenal penat lelah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Sekali sekala berikan bunga kepada mereka tanpa tunggu harijadi mereka atau hari ibu.
Jika anda ada suami, sebenarnya tidak ada perkara yang paling membahagiakan selain seorang isteri merangkul menyambut suaminya pulang dari penat bekerja dan mengucup pipi serta mengucapkan terima kasih sayang kerana berusaha untuk berikan sesuatu yang lebih baik kepada keluarga dan anak-anak. Apa salahnya seorang isteri atau suami mengucapkan kata-kata penghargaan kepada pasangannya atau anak-anak mereka dengan kata-kata seperti : "I am proud of you darling!" Atau "Saya bangga dengan kamu sayang!". Amacam?
Inilah powernya mak saya dan apa yang saya belajar darinya secara praktikal dan tanpa saya sedari pda awalnya.
Dan sebenarnya semua manusia suka dipuji dan dihargai. Saya masih ingat lagi ketika saya belajar tentang bagaimana menjadi pengurus yang berjaya dari pakar pengurusan Ken Blanchard, beliau mengajar tentang betapa pentingnya pengurus atau bos cekap "MENANGKAP" pekerjanya melakukan perkara yang BETUL dan BAGUS. Kerana ramai orang atau pengurus hanya pandai mencari salah orang lain dan melenting bila orang lain buat salah, sedangkan bila mereka lakukan sesuatu yang bagus, kita seperti tidak nampak. Ini akan menyebabkan seseorang yang inginkan perhatian akan suka buat salah daripada buat perkara yang betul.
Hah! Pelikkan? Tidak! Saya amalkan perkara yang sama sejak saya tahu formula ini, apatah lagi mak saya selalu lakukannya kepada saya ketika saya kecil serta meningkat dewasa.
Manusia suka diberi recognition atau pengiktirafan. Manusia jiwanya suka kepada pujian dan rangsangan penghargaan. Jika mereka buat silap, kita bercakap dan tegur mereka secara bersembunyi sebagai amaran, tetapi bila mereka buat perkara yang bagus walaupun nampak kecil, kita besar-besarkan serta puji dia di hadapan orang lain atau sekurang-kurangnya acknowledge kebaikan yang dilakukannya.
Itulah kepakaran mak saya. Memuji hingga berkilat pinggang mangkuk dan dapur saya kerjakan ketika saya kecil. Hingga saya akan tanya apa lagi yang mak nak saya buat kerana saya addicted dengan kata-kata pujian dan gembira melihat dia gembira. Secara tidak langsung, ia mendidik saya menjadi seorang yang suka kebersihan.
Itu cara saya diajar dan cara dia mengajar menjadi karektor saya kemudiannya. Mak saya adalah pakar motivasi saya dan cikgu disiplin saya. Lain mak, lain caranya. Ini cara mak saya.
Kisah Saya - Part 6
Tahun itu, tahun 1980. Umur saya 6 tahun dan ayah masukkan saya ke tadika Cikgu Miat di Jalan Parit Masjid.
Ini adalah sedikit kejutan budaya buat saya kerana saya selama ini adalah seorang yang nampak aktif tetapi saya bukan seorang yang tahu berkawan dengan mudah. Saya selalu gigit orang sebagai "salam perkenalan" dan ini menyebabkan saya akan end-up keseorangan atau bersendirian. Saya banyak main seorang-seorang, saya banyak duduk dalam rumah dan berkawan hanya dengan 1 atau 2 kawan yang lebih kurang sebaya dengan saya. Jujur saya katakan, saya tidak ada kawan yang rapat ketika itu.
Bila merenungi kembali tentang diri saya ketika itu, saya sebenarnya tidak tahu memulakan percakapan dengan kawan-kawan lain, saya tidak tahu berkawan dengan budak-budak lain serta saya hanya berkawan dengan orang-orang yang terpilih.
Ketika itu dan sehingga hari ini, jika anda suruh describe tentang diri saya, saya akan katakan bahawa saya adalah seorang pemalu, pendiam, ya! Saya pendiam dan saya bukan jenis yang ada ramai kawan. Ia agak berlawanan dengan diri saya bila saya di atas pentas berkongsi ilmu kerana bila saya berkongsi ilmu atu pengalaman saya, anda akan melihat diri saya yang boleh bercakap tidak berhenti. Tapi, saya tidak suka cakap perkara yang tidak ada kena mengena dengan saya atau bercakap perkara yang sia-sia.
Jika anda di rumah saya, anda akan lihat saya senyap bermain sendiri-sendiri, membaca buku, menonton tv atau tidur. Saya juga takut gelap kerana di pengaruhi oleh cerita-cerita hantu di tv.
Sesuatu selalu berlaku kepada saya yang menjadikan saya rasa rendah diri. Menjadikan saya sentiasa rasa malu dengan diri sendiri. Nak tahu apa?
Pada usia saya 6 tahun ketika itu, saya selalu mimpi kencing di bilik air......
Cer teka apa yang berlaku bila saya bangun tidur?
Tilam saya basah dan kesian mak kena angkat serta basuh dan jemur. Mungkin itu tanda-tanda saya bakal menjadi seorang jutawan.... Kih! Kih! Kih!
Ketika belajar di tadika ini, ayahlah yang menghantar saya dan mengambil saya balik pada mulanya tetapi kemudian ada pakcik beca bawakan saya beberapa kawan saya lain menghantar saya balik ke rumah kami setiap hari selepas habis tadika.
Ayah saya ada kereta kodok, tahu tak kereta kodok? Kereta volkswagon lama, kalau tak silap saya model tahun 1968. Dia beli untuk bawa kami semua pergi balik ke sekolah. Tapi kemudian, abang dan kakak saya naik basikal sendiri ke sekolah.
Saya tidak ingat banyak perkara tentang zaman tadika saya, tetapi saya masih ingat yang saya selalu dibuli. Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan.
Setiap hari sejak tadika, salah satu perkara yang mak akan masukkan ke dalam poket saya adalah saputangan yang kemas bergosok. Ayah pun ada bawa saputangan bila ke tempat kerja.
Saya selalu bangga ada saputangan di dalam poket kerana saya lihat budak lelaki lain tidak ramai yang ada saputangan. saputangan yang mak saya bekalkan untuk saya telah dirampas oleh beberapa budak dan kemudian dicelup ke dalam lopak air, bahasa lain dalam becak. Habis kotor dan basah sapu tangan tersebut, tetapi saya takut untuk melawan. Saya seorang dan mereka berkumpulan. Saya hanya mampu menangis kerana teringat mak saya mesti sedih tengok sapu tangan saya yang kotor berlumpur. Ketika itu saya rasa sangat sedih dan saya rasa sangat tidak berdaya! Saya fikir kalau saya adalah ultraman atau superman, pasti orang tidak buli saya atau jika saya pandai kungfu, pasti saya boleh lawan balik. Apakan daya, saya penakut, suka mengalah dan tidak suka gaduh.
Itulah sikap saya ketika itu dan sikap ini agak "mengikat" minda dan jiwa saya agak lama sehingga saya besar sehingga satu ketika.
Ketika itu, saya memasang niat untuk belajar silat ke, tae kwan do ke, kung fu ke supaya saya boleh menyelamatkan dunia.
Nanti saya share kisah saya belajar kung fu.

Ulasan
Catat Ulasan