30 Kesilapan Dalam Solat - Ustaz Sapawi Che Mat
1. Melakukan Solat sunat ketika sedang Iqamah .
2. Mata liar memandang sekeliling waktu solat .
3. Mengangkat tangan untuk takbiratul yang tidak sempurna , sepatutnya separas dengan bahu bagi lelaki .
4. Banyak bergerak di dalam solat atau berbuai ketika qiam .
5. Tidak meletakkan tangan di dada sewaktu qiam dalam solat iaitu ketika membaca fatihah dan surah .
6. Terlalu laju pergerakkan sewaktu rukuk dan sujud .
7. Tidak betul dalam meletakkan 7 anggota sujud ketika melakukan sujud .
8. Tidak menceceahkan hidung ketika sujud .
9. Menyamai Imam dalam pergerakkan dalam solat jamaah .
10. Berlari kerana ingin mengejar jemaah dalam solat jemaah di masjid atau surau .
11. Merapatkan siku ke badan sewaktu sujud bagi lelaki
12. Tidak meletakkan batas sewaktu solat sendirian sehingga orang lalu lalang ketika menunaikan solat .
13. Lalu di hadapan orang yang mendirikan solat .
14. Melebih 3 pergerakkan dalam solat , ini membatalkan solat .
15. Tidak terus mengikuti Imam ketika masbuk dalam solat jamaah .
16. Belum sempurna Takbir Ratul Ihram terus mengikuti Imam dalam solat jamaah .
17. Bacaan dalam solat yang terlalu kuat hingga menggangu makmum lain dalam solat jamaah.
18. Mengangkat takbir sambil lewa atau mengangkat takbir lebih dari 4 tempat
( takbiratul Ihram , ketika rukuk , ketika iktidal , ketika bangun untuk rakaat ke 3 )
19. Solat secara xpress tiada tomakninah ( berhenti sekejap antara setiap rukun)
20. Rukuk yang tidak sempurna , terlalu ke bawah atau terlalu sedikit kena ikut nombor 7 bentuk rukuk yang sempurna .
21. Tidak memakai baju yang sempurna atau berIktiba membuka bahu bagi jemaah yang menunaikan umrah atau Haji .
22. Menggangu makmum lain di dalam solat .
23. Saf yang renggang atau tidak penuh saf hadapan sudah buat saf yang baru .
24. Mengangkat tangan ketika takbir untuk sujud .
25. Tidak mengembangkan jari sewaktu takbir .
26. Mengembangkan jari sewaktu sujud .
27. Tidak mengerakkan bibir ketika rukun Qauli atau bacaan dalam solat .
28. Tidak rata tumit dalam solat , samada sendirian atau berjemaah dalam saf yang tidak lurus .
29.Duduk yang tidak tepat ketika duduk dalam solat .
30. Sujud di atas telekung bagi wanita atau atas kain serban/egal bagi lelaki ianya membatalkan solat .


Ulasan
Catat Ulasan