Surat dari Dr Azizan Osman

Hi, Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar Ahmad?

Maafkan saya sekiranya email ini mengganggu konsentrasi anda. Minta izin dan berikan saya sedikit waktu untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya doakan anda supaya selalu sihat, ceria, kaya dan berjaya. Cakaplah Amiiin.

Ahmad,

Sejak dari dahulu, kita diajar supaya bersyukur. Bersyukur dengan nikmat Tuhan, bersyukur dengan pemberianNya, keamanan, kesejahteraan dan pelbagai lagi. Tapi itu semua tak bermakna jika kita tidak berusaha ke arah yang lebih baik kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita. Sedarkah kita bahawa polisi penjajah telah membuatkan kaum kita ketinggalan. Tapi sudah 50 tahun ia berlalu. Adakah masih kita nak salahkan sejarah. Kalau masih tidak berusaha, kita akan hanyut dan ketinggalan. Itu pun kalau anda masih sedar bahawa hampir 74% kaum bumiputera yang bekerja hari ini dengan permulaan gaji bawah RM2, 000. Kalau gaji RM2, 000 tinggal di Kuala Lumpur, beritahu saya berapa banyak jumlah yang boleh disimpan setiap bulan?

Anda suka atau tidak, ekonomi makin lama ia makin meningkat. Saya bukannya nak menakut-nakutkan anda. Sebagai seorang bumiputera, saya berasa terpanggil untuk mengajak semua kaum saya untuk ‘upgrade’ diri kita semua. Saya tidaklah hebat. Allah Maha Hebat. Cuma apa yang diberikan peluangNya kepada saya, saya telah pun melahirkan hampir setengah juta rakyat di Malaysia ini supaya bangkit ubah cara hidup dan berniaga. Kerana saya sangat faham, hanya dengan berniaga sahajalah yang mampu untuk meningkatkan pendapatan kita semua. Pendapatan yang tiada had.

Saya tahu ramai anak bangsa saya yang memang nak berniaga. Saya sangat suka dan gembira bila mereka ini ada mula berusaha dan ada keinginan untuk ubah gaya hidup. Tapi, bila nak berniaga, jangan terus terjun tanpa ada apa-apa persiapan. Confirm akan gagal jika berniaga tanpa ilmu. Atas kesedaran inilah, saya sediakan Klinik Usahawan dan Pelaburan untuk merawat di mana luka-luka atau kesakitan yang biasa dialami oleh anda sewaktu memulakan perniagaan ataupun sudah berniaga selama 48 tahun namun belum menjadi jutawan. Kepada anda yang nak teruskan kerja makan gaji juga boleh hadir sebab seminar ini adalah Percuma untuk semua yang berumur atas 18 tahun.

Kita semua layak untuk menjadi jutawan. Layari www.klinikusahawan.com untuk pendaftaran dan tiada bayaran yang dikenakan sekiranya anda mendaftar 3 orang. Bukan semua orang yang sudah kaya raya dan berjaya masih mahu turun padang nak bantu anak bangsa yang lain supaya turut berjaya. Saya sendiri boleh simpan kejayaan saya diam-diam dan tak perlu berkongsi kepada orang lain. Tetapi itu bukan saya dan saya tidak akan berhenti untuk menambah nilai hidup kita semua ke tahap yang lebih luar biasa. Cukuplah hidup biasa-biasa, kini masanya untuk anda berubah!

Salam hormat,

Dr Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

Ulasan

Catatan Popular