Milionaire 's Financial Freedom

Anda dan juga saya serta ramai yang saya kenali adakalanya banyak wang tetapi tiada masa. Yang saya maksudkan disini ada dikalangan kenalan sekolah rendah saya temui selepas 38 tahun terpisah ada di antaranya kewangan bukan suatu masalah sebab kewangan mereka hanya dihujung jari ( pelabur saham) tetapi banyak juga tiada wang dan juga tiada masa berkualiti untuk keluarga mereka. Seperti saya masa adalah terlalu banyak tetapi punca kewangan adalah terhad , sehingga terpaksa mengemis setiap tahun di lembaga pungutan zakat untuk memohon bantuan samada bantuan persekolahan atau pun bantuan untuk anak memasuki ' Universiti '. Inilah kehidupan seorang Melayu seperti saya dan juga sebahagian besar bangsa Melayu saya. Ini tidak berlaku dengan ' Tokei ' tempat saya mengambil barang untuk dijual kepada pelanggan saya. Kok Keong namanya anaknya saya panggil Ah Seng , kedua dua anak lelaki dan menantu perempuan lulusan ijazah luar negara. Sanggup menghambakan diri jadi kuli kepada perniagaan ayahnya , anak jadi drebar lori sebagai salesmen manakala menantu perempuannya melayan pelanggan sebagai  pembekal makanan ringan perniaganan keluarga beliau. Sepanjang 12 tahun saya mengambil barang darinya saya dapati 90% pelanggannya adalah bangsa Melayu termasuk diri saya.

Samada anda seorang peniaga yang sedang mencari perniagaan atau pun makan gaji, ' Rancangan Kewangan ' adalah sangat penting. Terutama mereka yang bergelar Usahawan. Pernah tak anda alami sinderom ' Bocor Wang ' . Income banyak 20k ke 300k tetapi baru minggu pertama awal bulan selepas tolak hutang supplier , gaji , over head duit dalam akaun tinggal RM58 je  .  Niaga apa macam ni ! Biasanya ia akan berterusan sehingga 2 atau 3 tahun hingga akhirnya  ' Muflis ' . Untuk bertahan atau mengembangkan perniagaan kita perlu kepada ' Penebat Ekonomi ' iaitu Tabungan . Sebagai Usahawan rancangan tabungan ini mestilah bermula dari seawal hari pertama mulakan operasi perniagaan . Sekiranya tiada , bersedialah untuk Muflis . Paling lambat anda akan Muflis 3 tahun selepas memulakan perniagaan   Sekiranya anda tidak Muflis setidak tidaknya perniagaan anda  'Hidup Segan Mati Liat  ' . Keadaan cukup cukup makan sahaja itu dikira bernasib baik .

Kini sudah  ramai peniaga Melayu sedar akan keperluan ini serta sanggup secara istiqamah menabung secara berterusan . Anda perlu serious dalam perkara 6 tabungan ini , sekiranya inginkan Bebas Wang & Bebas Masa di usia Muda atau 3 ke 4 tahun akan datang . 50 % dari keuntungan atau pendapatan perlu ditabungkan .

1. Bebas Wang 10%

2. Kecemasan 5%

3. Melancung 10%

4. Merelasasi Impian 10%

5. Hutang/Sedeqah/Wakaf/Infak 5%

6. Pelaburan Ilmu  10%

Bebas Wang 

Anda perlu menabung untuk masa hadapan yang ceria atau mati di usia muda . Kawan rapat sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 5 baru baru ini meninggal di usia 48 , meninggalkan seorang isteri tidak berpendapatan serta 4 anak perempuan yang masih menuntut serta masih menyewa rumah. Pendapatan beliau saya kira lumayan jadi manager kewangan(RM10k sebulan) di salah sebuah syarikat securities .
Cuba anda ambil masa sekejap renung keadaan nasib anak anak serta isteri sahabat baik saya itu . Bayangkan pula apa akan terjadi kepada anak & juga isteri tercinta anda .
Ambil sedikit masa anda . Cuba fikirkan sejenak .
Apa yang akan anda wariskan kepada mereka ?
Hutang perniagaan Anda kah ? atau
Wang tabungan ini dalam bentuk saham , pelaburan dalam akaun Tabung Haji , Pelaburan Emas yang Sah

Wang Kecemasan

Adakalanya sesuatu di luar jangkaan berlaku dalam kamus hidup secara tiba tiba . Perlu ada dalam tabungan ini sekurang kurang nya sebanyak RM2k. Sebelum ini saya sendiri setiap bulan selalu sahaja  cemas . Cemas samada duit sewa rumah tidak dibayar atau pun payment belum diperolehi lagi .Ada dikalangan kenalan saya ada kala berlaku kemalangan kenderaan yang digunakan untuk mengais rezeki (teksi) . Disebabkan tiada simpanan kecemasan terpaksa pinjam dari 'Along' . Anda sedia maklum siapa siapa yang buat pinjaman dengan mereka pasti tidak tenang hidupnya . Malah ada juga yang bercerai berai kerana Hutang Along .

Melancung

Dalam menghadapi hiruk pikok kehidupan sebagai seorang Usahawan banyak 'Stress' yang kita hadapi . Untuk melegakan ' Biz Stress ' ini kita perlu melancung setiap 3 bulan . Ini adalah tempoh untuk kita  ' Post Mortem  ' pencapai perniagaan serta merancang kembali strateji perniagaan . Disamping itu untuk mentautkan kembali hubungan 'Quality Time' dengan keluarga tercinta . Bila kita jiwa serta fikiran tenang kembali maka kita lebih mudah berfikir secara teratur . Dengan melihat lebih pandangan hijau ia akan banyak mengembalikan  energy yang hilang sewaktu berniaga . Energy yang tinggi  ini sangat diperlukan untuk mengembalikan fikiran serta Semangat Jihad Biz . Energy ini juga untuk menangkis segala Ombak & Badai dalam lautan Biz ini . Awas sekiranya perkara ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang lama kemungkinan anda akan terdampar di pantai Biz .

Ulasan

Catatan Popular