MEREKA YANG DIBERI PETUNJUK

Dalam kesibukan manusia hari ini mengejar kerjaya serta kemewahan hidup ramai sudah tidak lagi mempedulikan tatasusila hidup yang digariskan oleh ALLAH serta cara hidup yang ditunjuki Nabi Muhammad SAW . Apabila mengibas kembali catatan di dalam Anekdot Madinah - Benar Dia Maha Mendengar , teringat lagi kata kata Prof Kamil ,
" semoga saya dapat mewakafkan diri selari dengan tugas para nabi " . 
Kemudian beliau sertakan sepotong ayat  dalam surah Hud ayat ke 29 bermaksud ,
 " Wahai kaumku ! Aku tidak meminta kepada kamu harta benda sebagai upah menyampaikan agama ALLAH , tiada upahku melainkan ALLAH semata - mata. "
 Juga dalam Surah Hud ayat 51 ,

" Hai Kaum ku ! Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai hal itu , tidak lain upah ku hanyalah ditanggung oleh ALLAH yang menjadikan aku , tidakkah kamu mengerti ? "

Dalam buku beliau yang lain pula iaitu ,
Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman. Prof. Kamil
 menukilkan dalam surah yasin ayat ke 20-21 :

" dan datanglah dari hujung kota , seorang lelaki dengan bergegas dia berkataWahai kaumku ! Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta upah kepadamu dan mereka adalah orang orang yang mendapat petunjuk. "

Ucapan diatas diceritakan oleh sebahagian besar mufasirin adalah Habib An Najjar seorang tukang kayu pekerjaannya membuat berhala di zaman Nabi Isa AS. Beliau kemudiannya beriman dengan utusan utusan Nabi Isa  sehinggalah dibunuh bersama sama dengan utusan utusan tersebut. Disebabkan menyeru kaumnya mentauhidkan ALLAH yang ESA

Begitu juga yang dinukilkan seorang pendakwah bebas dari negara jiran iaitu K.H.M. Isa Anshari dalam buku beliau Mujahid Da'wah halaman 44 ,beliau menukilkan Surah As Syu'araa ayat ke 127 ,

 " Aku tidak meminta upah sebagai balasan dari kamu ke atas ajakan itu. Upah balasan untuk ku tidak lain adalah dari Tuhan seru sekelian Alam . "
Begitulah ucapan dari para para Nabi dan Rasul seperti Nabi Hud , Nabi Salleh , Nabi Nuh , Nabi Luth , Nabi Syu'aib kepada kaum mereka . 

Imam Ghazali dalam kitabnya Timbangan  Amal menukilkan beberapa syarat agar kita dapat mengenal pasti golongan yang kita hendak mengambil ilmu agama daripada mereka. 
Diantara syarat pertama dan utama ditekankan adalah mencontohi peribadi Nabi SAW iaitu tidak mengambil upah atau bayaran dari dakwah atau ilmu agama yang disampaikan baginda.
Sebagaimana yang biasa kita dengar atau alami , kebanyakkan guru agama atau pendakwah bebas apabila dijemput untuk menyampaikan kuliah perkara pertama yang ditanyakan adalah soal bayaran. Pernah saya ajukan kepada seorang pengetua sekolah agama untuk menjemput seorang penceramah dan pakar motivasi terkenal.

 Kata saya , " Ustazah jemputlah Si anu buat motivasi di sekolah agama ini. "  Dia jawab  , " Mahal la pula En. Kamal , tak kurang 3 ke 4 ribu ringgit baru dia nak datang. ".

Pernah juga saya dengar dari corong corong radio  beberapa penceramah bebas berpendapat , " apa salahnya kita bagi bayaran kepada orang yang bertungkus lumus menyampaikan agama."
 Cuma agak saya mereka terlupa akan Firman ALLAH seperti mana yang saya sebutkan di atas tadi.

Ulasan

Catatan Popular