TIPS UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP


Ada beberapa perkara dalam hidup ini sekiranya kita langgar atau abaikan ianya akan mengundang kesusahan hidup. Ramai yang saya perhatikan termasuk diri saya sendiri suatu masa dahulu tidak peduli langsung hingga hutang keliling pinggang. Perkara pertama yang saya maksudkan adalah SOLAT. Seorang kenalan saya dulunya memulakan perniagaan kedai runcit, sehingga kedai runcitnya berubah lokasi sebanyak beberapa kali akhirnya ' gulung tikar ' , tukar pula kepada perniagaan Teksi . Kali ini lebih bermasalah teksi sewanya setiap bulan terpaksa dihantar ke bengkel. Rumahnya sendiri telah beberapa kali di 'refinance' kan. Suatu hari jirannya yang perihatin bertanya , " Minta maaf abang sekiranya pertanyaan saya ini dianggap tidak beradab, abang solat tak ? " Dia menjawab, " Saya tak berapa menjaga perkara tersebut.Jirannya menasihatinya ,  " Kalau abang Wan jaga Solat , hidup abang Wan akan lebih baik " Baru - baru ini saya menjemput beliau untuk ke majlis akad nikah anak perempuan saya. Dalam kesempatan tersebut saya bertanya tentang teksi barunya." Macam mana sekarang bang Wan ". Dia jawab, " Alhamdulilllah, sekarang dah ada teksi sendiri Kamal." Ini pengakuannya sendiri , " Aku sekarang dah jadi takut Kamal, bila masuk je waktu solat aku terus cari masjid yang terdekat. Tidak macam dulu buat-buat tak tahu je." 

Kedua adalah tidur selepas SOLAT SUBUH, ini juga mengakibatkan saya tidak terurus dalam hidup . Walaupun pendapatan saya banyak ( kira kira RM 4000) tetapi saya banyak mengalami masalah KEBOCORAN WANG .
Pernahkah anda mengalami situasi setiap bulan ada saja duit yang diperlukan untuk membaiki kenderaan ataupun membayar saman atau ada saja peralatan rumah  yang perlu dibaiki atau diganti ? Saya pernah disaman sebanyak 10 kali dalam tempoh 3 bulan berturut - turut. Hampir RM 1000 setiap bulan hanya untuk membayar saman.Pada suatu masa peti ais perlu diganti kerana  kos untuk baikinya mahal selang beberapa hari sahaja mesin basuh rosak hampir RM3000 untuk kedua-duanya. Cuba bayangkan anda di situasi tersebut. APA tindakan yang yang akan anda ambil pada masa itu ? Tidak lain anda akan melihat gelang dan rantai kesayangan isteri anda waktu itu. Saya terpaksa mengadaikan gelang serta rantai kesayangan isteri saya di Arahnu Xchange untuk membeli peti ais mengantikan yang rosak beberapa hari kemudian gadai lagi gelang serta cincin pusaka arwah mak untuk membeli mesin basuh pula. Perkara ini berulang - ulang untuk beberapa tahun. Cuba anda rasai bebanan hutang yang semakin menimbun. Sangat perit setiap hari kami suami isteri akan bercakaran tentang kebocoran wang tersebut.

Saya terpaksa mengambil masa hampir 6 tahun untuk mengubah tabiat buruk saya dengan menoreh getah.Walaupun pendapatan menoreh tidak sehebat bekerja mengambil pelajar sekolah dengan van haram, sekitar RM 1500 sebulan (harga getah : RM7.90 sekilo) pada masa itu. Ianya cukup untuk menampung kami sekeluarga(10 orang). Saya terpaksa berulang alik dari kebun getah di Raub ke Ampang tiap minggu, kadang-kadang 2 minggu baru balik ke Ampang. Selama 6 tahun rutin harian untuk menampung hidup di kota raya yang kian mencabar bersumberkan pokok getah serta ikan talapia hitam. Pernah anak ketiga saya ditanya guru sekolah rendahnya ; " Abrar, ayah kerja apa ? " Anak saya menjawab : " Nelayan , cikgu. " Istilah yang digunakan anak saya bagi orang yang menangkap ikan menggunakan jala.

Perkara ketiga berkasar atau mengabaikan kedua ibubapa. Tidak ramai yang sedar apabila kita menguris hati kedua orang tua ini, ALLAH akan menguris poket rezeki kita. Lagi banyak gurisan hati mereka lagi banyak kebocoran wang akan berlaku. Setengah tu bukan tak rajin menghafal pelajaran , bercengkang mata tiap malam tapi bila waktu exam 'blank' tak boleh jawab kertas peperiksaan . Saya menceritakan pengalaman saya waktu menjadi student dahulu. Setelah mengikuti seminar berbayar serta beberapa seminar percuma DR. Azizan Osman baru saya sedar kesilapan saya selama ini serta pengajaran ALLAH menerusi gelagat-gelagat anak-anak saya.Anda boleh melihat sendiri perkongsian pengalaman dalam jatuh bangun perniagaan beliau di www.azizanosman.com
Sekirnya anda tidak dipedulikan oleh anak, banyakkan istiqfar mungkin ada kesalahan kita tampa disedari. Bacakan Surah Al Fatehah sekali serta Surah Al Ikhlas 3x niat hadiahkan kepada anak , lagi kerap lagi baik hasilnya. Boleh juga sebagai doa tambahan doa dari surah ibrahim ayat 40 selepas setiap solat fardu atau sunnat. Kemudian Doakan kebaikan kepada dia kerana doa kedua ibubapa terhadap anaknya sangat mustajab tiada hijab antara dia dengan ALLAH. Kebiasaannya sangat cepat dimakbulkan doa ibubapa terhadap anaknya.


Setelah tiga perkara besar ini dapat kita baiki , anda akan dapat lihat beberapa perbezaan yang sangat ketara dalam hidup anda sebelum dan selepas ' kolam  hati ' anda dibedah. Rasailah sendiri sebagaimana yang telah saya lalui.
Hidup akan berkat dengan solat , istifar dan selawat kepada Nabi SAW

Disini ada beberapa tips tambahan yang dapat di amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ' kolam hati '. Semakin kerap dan tetap anda melaksanakan dengan gembira, Semakin cepat aliran keberkatan memasuki serta menerangi hidup anda.Anda juga boleh ketahui lebih lanjut di 8 keajaiban solat tahajud www.azharmokhtar.com


  

Ulasan

Catatan Popular