CABARAN MENJADI JUTAWAN INDUSTRI

Saya ingin melihat sebuah hospital ditegakkan atas dasar taqwa serta tanggung jawab sebagai seorang umat Muhammad S.A.W. Di mana di dalam nya adalah manusia2 yang sudah atau pun sedang menjalani proses penyucian roh serta jiwa yang akan mengembalikan kegemilangan Madrasah Muhammad bin Abdullah. Jiwa mereka ini bagaikan tanah yang di pijak oleh seluruh mahluk yang diciptakan ALLAH.

Roh mereka ini pula seolah olah berada di hamparan Sidratul Muntaha , tunduk sentiasa di hadapan Rabbul Jalil. Mereka2 yang mendermakan darah untuk menyelamatkan para manusia untuk kembali berbakti kepada ALLAH ini akan sentiasa dalam jaminan ALLAH dan RasulNYA. Beribadah & berbakti di hospital ini adalah setenang berada di MASJIDIL HARAM di Mekah dan sedamai berada di Masjid Nabawi di Madinah.

Hidup akan berkat dengan solat , istifar dan selawat kepada  NabiSAW
Melangkah masuk sahaja ke dalam hospital ini akan kedengaran alunan asma ul husna yang sangat menyegarkan jiwa. Siapa2 sahaja yang mendapatkan rawatan di sana akan diberikan tafsiran Al Quran mengikut bahasa yang difahami oleh setiap penggunjungnya. Setiap pesakit yang mendapat pelbagai rawatan akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Mereka akan keluar dari hospital ini samada mati syahid atau pulang dengan membawa iman yang kental.


Ulasan

Catatan Popular